Friday, December 18, 2009

Kelab Semerah Padi

Apa peduli dengan politik,masuklah menjadi ahli kelab semerah padi.P.Ramli adalah politikus terkenal tanah melayu marilah ketepikan peperangan politik kita dan sedarlah dan insaflah kekuasaan orang orang melayu akan terus terhakis kalau kita asyik berpolitik.Bukit bukit cina tanjong tanjong keling batu batu feringgi parit parit jawa pisang pisang awak mi mi siam durian durian belanda umno pun di eja inggeris.P.Ramli bukan rasis dan kajilah filem filem arahan P.Ramli lebih baik dari baca buku buku politik yang ada di pasaran.50000 tahun dulu Tuhan dah tetap dah yang Arab,Portugis,Inggeris,Cina,India akan datang bermustautin di bumi Melayu ini.
Jadilah ahli kelab ini dengan memberi sumbangan buah buah fikiran supaya semua bangsa bergembira dibawah satu kedaulatan negara Malaysia.Kalau nak ikut Inggeris dan Cina lebih tebal sifat rasis mereka dan orang orang Melayu hanya menjadi rasis setelah UMNO memerintah selepas peristiwa 13 Mei 1969 sahaja.Mereka menjadi rasis setelah terancam dengan hebatnya dari sudut ekonomi dan politik dan takut menjadi pengemis di negera sendiri dan lainnya sejarah.Contoh Cina yang memerintah Singapura menjadi arastanda sikap orang orang Cina di Malaysia ini dan ini kita tak bolih nafikan bahawa orang orang Melayu kelas tiga di Singapura.Apa geranti jika Cina memerintah Malaysia orang orang Melayu tidak jadi rakyat kelas tiga? Adakah nasib orang Cina disini sama dengan nasib orng Melayu di Singapura?
Orang Melayu pun sedar yang pemimpin pemimpin tertinggi UMNO telah melakukan kezaliman terhadap orang orang Melayu bermula dari rejim Mahathir hinggalah sekarang tetapi Rejim Mahathir di sokong kuat olih orang orang Cina dan India dan mereka harus tanggong dosa dosa besar bersekongkol dengan rejim Mahathir yang rasis untuk kepentingan sekelompok kecil ini.Jika Anwar tidak di pecat dan jika orang orang Melayu tidak bangkit pada tahun 1998 mustahil berlaku tsunami politik pada bulan mac 2008.Ini fakta dan di mana orang orang Cina dan India, Kadazan dan Dayak ketika itu?Kita berbangga parti PAS dan DAP selepas itu bangkit untuk menyedarkan orang orang Melayu dan Cina untuk berubah ke arah prinsip dan kuasa bukan berlandaskan perkauman sempit.Mesti ada mekanisma politik untuk menyatukan semua kaum di Malaysia dan jangan juga terlalu ghairah untuk berpelok satu sama lain seolah olah satu revolusi telah berlaku dan inilah perlunya kepimpinan yang mantap dari semua bangsa.Kajilah kebijaksanaan P.Ramli dan hayatilah kerana banyak terdapat mutiara fikiran di situ.

Majulah Malaysia majulah Melayu,Cina,India,Dayak,Kadazan,Sakai dan lain lain.Kita berbeza tetapi bersatu sebagai rakyat Malaysia tanpa penindasan dan kekejaman.